POS BASIK KECEMASAN KUMPULAN 20
Seloka Bersama PBK 20

HOME

Ahli Jawatankuasa PBK 20
Seloka Bersama PBK 20
Kolej Pembantu Perubatan
Galeri Gambar
Nukilan Rasa PBK 20
Alamat
Aktiviti Dan Program
Tip Kecemasan
Program Ijazah
Links
Trauma Picture
Hubungi Kami

cpr2.gif

 

Gurau Senda Pos Basik K 20

 

14 jan melapor diri

senyuman terukir rupa berseri

Gurau-senda Pos Basik  nama diberi

Hanya hiburan buat penyeri

 

Cikgu Ghani penyelaras kita

Penuh didikasi dan saksama

Walaupun datang dari merata

Namun tujuan tetap sama

 

En Kamarozaman jadi ketua

Baik hati serta bergaya

Walaupun Cik Omar nampak dah tua

Tua-tua tapi dia kaya

 

Acu nama pengganti si Rosli

Tak balik kampong resah sendiri

Azahar Palong tak perlu dikenali

Hitam kilat rupa berseri

 

Saya Budak Baru Belajar

Wan Rosli orangnya suka berangan

Cita-cita tinggi nak sambung belajar

Hamizad orangnya bukan sembarangan

 

Rahim asal dari Melaka

Umur dah lanjut, gigi tak tumbuh

Salleh suka berlawak jenaka

Dari pagi ke malam sampai subuh

 

Lemah lembut sopan bersilihganti

Azmi orangnya baik hati

Rosli slow sukar dicari ganti

Uniform MA tersemat di hati

 

PULAREK tempat Asnizan bekerja

Tengok pempuan mata juling

Azizul EVO memang bersahaja

Waktu lapang main boling

 

Cermin mata tebal sehasta

Shazili Tok Uban nama diberi

Kamal Pahmi  berkaca mata

Kena sergah hilanglah seri

 

Suguna orangnya tak makan ikan

Bila berjalan macam berlari

Orangnya memang kuat makan

Itulan Maznah Cik Kar nama diberi

 

Anak gajah naik kancil

Itulah Aspa minah Bonzer

Orangnya cun tapi kecil

Norehan Abdullah memang berbeza

 

 

 

 

Kecil rabun berkaca mata

Salmah asal dari seberang

Tiap jam hantar berita

Hanyalah dia Liza seorang

 

Hosman Uda nama diberi

Terdengkut dengkut jalan dan berlari

Achik Isam jadi Bendahari

Duit sort dia gigit jari

 

Ucup dari kumpulan Lima puluh tiga

Badan kecil suara besar

Ahmad Muzakir nak beristeri tiga

Tapi sayang matlamat tersasar

 

Masih solo lagi si Sukri

Gadis Johor jadi idaman

Tinggi lampai itu si Samri

Ke mana saja mahu berteman

 

Ini dia En. Zolkipli

TNB hantar untuk naik pangkat

Dalam kumpulan dia dibuli

Nur Azlina juga selalu disakat

 

Hasmah dan Rohani  kuat beriman

Bab ponteng memang biasa

Suami rockers jadi idaman

Itulah Arniza punya citarasa

 

Ada laki kuat cemburu

Itulah Izani empunya diri

Gelaran Robot bukannya baru

Nak tahu siapa, carilah sendiri

 

Bila Rosli pakai songkok

Nampak beno macam dah tua

Walaupun tangan dia bengkok

Niazahan steady anak dah dua

 

Nasrudin Mukhtar nama diberi

Duduk di Klang tak bayar sewa

Wan Zainuddin orangnya suka menyendiri

Teringat bini, anak dan makwa

 

Bila dah dapat calon suami

Nampaknya Izan gembira sakan

Cukuplah setakad sampai di sini

Salah silap harap dimaafkan

 

 

 

Ilhamrasa :

Ntahapaapantah

Pos Basik Kecemasan K20

Assalamualaikum salam sejahtera,

Al- kisah bermula tirai dibuka,

12 puteri dan 26 putera,

kumpulan 20 empunya cerita.

 

Cikgu Subyr  ayahanda kita,

Handsome orangnya petah berbicara,

Tak kurangnya pula Cikgu Ghani  kita,

Bila melawak gegar satu dunia.

 

En. Kamarozaman penghulu kumpulan,

Pn. Hasmah menjadi timbalan,

Achik Isam pula menteri kewangan ,

Sangat bijak merancang belanjawan.

 

Berkaca mata suka ketawa,

Tak lama lagi nak dapat cahaya mata,

Tugasnya menjaga keselamatan asrama,

Itulah dia ACU  namanya.

 

Mohd Shazili simple orangnya,

Di dalam kelas selalu buat peta,

Shukri pula sahabat baiknya,

Bila ditanya asyik ternganga.

 

Pagi pagi radio dah berbunyi,

Itulah Samry yang suka menyanyi,

Dibelakangnya pula sunyi dan sepi,

Rupanya Shanon teringatkan isteri.

 

Izan duduk di depan sekali,

Buat lawak untuk dari sendiri,

Nurhasliza dan Rohani sahabat sejati,

Tak lekang bersama ke mana pergi.

 

Tak pernah senyum gelaran diberi,

Itulah dia kisah si Izani,

Bila didengar saja pasal cuti,

Terus telefon bagitau si suami.

 

Sikap selamba mereka mengelikan hati,

Mungkin dah tabiat semulajadi,

Dalam bersahabat setia dan sejati,

Itulah Wan Zainuddin dan Nasaruddin nama diberi.

 

Maznah asyik terlelap saja,

Membuat cikgu pening kepala,

Jika disoal mukanya bak saga,

     Arniza memandang tersenyum sahaja

 

Ini dia pengantin baru kita,

Kecil dan comel Norehan namanya,

Baru kawin 2 bulan lamanya,

Tapi sayang abangnya jauh dimata 

 

Dari TNB datangnya dia,

Pembekal elaktrik negara kita,

Dalam kelas serius sentiasa,

Nak tahu sapa En. Zol namanya.

 

En. Omar  ahli veteran kita,

Arif dalam soal agama,

Usahlah berangan nak lawan dengannya,

Satu ditanya sepuluh jawabnya.

 

Saya budak baru belaja,

Itulah dia Seli panggilan namanya,

Kalau berkenan silalah usha,

Kerana orangnya masih belum berpunya.

 

Kedua-duanya sudah berumahtangga,

Salah satunya dari Hospital  Angkatan Tentera,

Itulah dia Asnizan namanya,

Tak ketinggalan juga Hosman yang gagah perkasa.

 

Kedua-duanya bernama Rosli,

Satu gemuk satu kurus melidi,

Terpamer senyuman setiap hari,

Susah nak lihat mereka susah hati.

 

Gelaran manja sugus diberi,

Saguna yang empunya diri,

Lain halnya pula si Azmi,

Masih mencari yang berkenan dihati.

 

Sekali pandang macam anak dara,

Rupanya mereka sudah berpunya,

Itulah dia Azlina dan Aspa,

Bercerita sedikit yang lebihnya ketawa.

 

Dua sahabat duduk bersama,

Selalu menyakat budak Melaka,

Azhar dan Hamizad punya angkara

Rahim sentiasa menjadi mangsa.

 

Misai pendek menjadi identitinya,

Satu-satunya Hitler kumpulan kita,

Bila tersengih nampak giginya ,

Itulah Azizul Sham namanya.

 

Anaconda dalam kumpulan kita,

Datangnya dari Hospital Jengka,

Hujung minggu nak escape saja,

Itulah Niazhan dan Pahmi punya kerja. 

 

Villa 20  riuh sentiasa,

Apabila si Salleh membuat angkara,

Bila matahari memancar sinarnya,

Alamak..!Dari jauh dah nampak silaunya..

 

Sehari hilang sunyi rasanya,

Pakar sakit jiwa kumpulan kita,

Khairin Anwar itulah namanya,

Bila ketawa tak ingat dunia.

 

Ahmad Muzakir jejaka perasan,

Aktor Hindustan menjadi ikutan,

Inginkan mak datin menjadi pasangan,

Rupanya dah kawin anak sembilan.

 

Jauh mengembara menyeberang samudera,

Untuk menambah ilmu di dada,

Kampung halaman di Sarawak sana,

Itulah saya penulis cerita.

 

Seloka ini selesailah sudah,

Niat di hati tak nak berpisah,

Namun kita akur dan pasrah,

Kenangan bersama kumpulan 20 jangan dilupa bah!.

 

Semua ini gurauan sahaja,

Maaflah jika ada yang terasa,

6 bulan sudah kita bersama,

Entah bila akan berjumpa semula.

 

Hanya satu harapan saya,

Kiranya kawan-kawan semua suka,

Dapat kiranya kita jumpa semula,

Untuk REUNION setahun kita.