Make your own free website on Tripod.com
POS BASIK KECEMASAN KUMPULAN 20
Nukilan Rasa PBK 20

HOME

Ahli Jawatankuasa PBK 20
Seloka Bersama PBK 20
Kolej Pembantu Perubatan
Galeri Gambar
Nukilan Rasa PBK 20
Alamat
Aktiviti Dan Program
Tip Kecemasan
Program Ijazah
Links
Trauma Picture
Hubungi Kami

KOMPILASI SAJAK DAN PUISI PBK 20

ILHAM SENI DARI PBK 20..........SENI ITU INDAH

flowerbar.gif

HAKIKAT SEBUAH KEHIDUPAN

PEMBANTU PERUBATAN

 

DI SUATU PETANG ,

TAKKALA AKU,

BERSENDIRIAN , DI TEPI LONGKANG

DI BANGUNAN KECEMASAN HOSPITAL

SEREMBAN,

 

ENTAH KENAPA,

HARI ITU,

HATIKU BEGITU GUNDAH GULANA,

FIKIRAN KU BERSERABUT, KUSUT,

MEMBENGKAM JIWA.

 

TIBA-TIBA

DALAM TERMANGGU,

BERSAMA GELODAK JIWA

AKU DI KEJUTKAN OLEH

DENTUMAN KUAT

HALILINTAR MEMBELAH BUMI.

PANDANGANKU TERUS MENERJAH KEDADA LANGIT

KU LIHAT BEGITU KELAM, KUSAM,SURAM.

HATI KECIL KU BERKATA,

SEUMPAMA DADA LANGIT , BEGITULAH

KEHIDUPAN KU.

 

SAMBIL MATAKU LIAR ,

MEMPERKOSA PANDANGAN,

AKU TERPANDANG DERETAN TEKSI,

BERSAMA PAK TUA SABAR MENANTI

MENGHARAP REZEKI, YANG TAK PASTI.

HATI KECIL KU BERKATA AH! BAJUKU SAMA DENGAN MEREKA,

BILA MATAKU TERPANDANG PAKAIAN LUSUH , TAPI MASIH DI PAKAI

AKU TERGELAK KECIL , GELI HATI RASANYA HATIKU

SAMBIL TANGAN KU BERMAIN SAMPAH, DAUNAN KERING,

DALAM LONGKANG.

 

TIBA- TIBA , BAHUKU DI SENTUH

ENCIK SEREMBAN SATU

MATAKU TERUS MENDONGAK KEATAS

AKU TERASA TELINGA MAKIN BERSUMBAT,NAFASKU KENCANG,

DADAKU KEMBANG , PANAS. 

 

SAMBIL MULUTKU BERKATA MALAS,

SAYA BUKAN DRIVER TEKSI

KU LIHAT DIA BERLALU PERGI TANPA SEPATAH KATA

 

FIKIRAN KU MAKIN BERSERABUT,  WAJAH SISTER, S/N

DI WAD TEMPAT AKU DI TEMPATKAN HADIR TANPA DI UNDANG,

MASAM MENCUKA,MUNCUNG, MATA BAGAIKAN PONTIANAK

SEDANG MENCARI MANGSA, MENGHISAP DARAH.

 

SAMBIL TANGANKU MENCARIK SAMPAH DI TEPIAN LONGKANG

HATI KECIL KU BERBISIK, BERKATA SENDIRI

APAKAH AKU ATAU KERJAYA KU SEPERTI SAMPAH, TIADA PENGHORMATAN,

ATAU AKAN MATIKERING  TAK BERKUBUR , SEPERTI SAMPAH, TERBANG DI TIUP ANGIN

HANCUR BILA DI PIJAK OLEH KAKI SANG DURJANA

 

TIBA-TIBA,

LAMUNAN KU TERHENTI , BILA HAND SET KU BERDERING

BILA AKU MENEKAP DI TELINGA

TERDENGAR SUARA SAHABAT SETIAKU

ACU JOM BALIK

AKU PUN BANGUN DAN MELANGKAH UNTUK PULANG

BERSAMA SATU HAKIKAT YANG TAK PASTI.

 

ACU PBK 20

Dimana Gee??

 

 

Dimana Gee ??

Ku carimu selalu

Setiap detik dan ketika

Setiap sudut dan penjuru

 

Gee dimana dirimu??

Di helaian kertas, wajahmu terpandang

Di dalam gelas sirapku, ternampak dirimu

Mandiku tak basah

Tidurku tak lena

 

Dimana Gee ??

Ku telefon ke Klang. Dikhabarkan tak datang

Ku tanya Seremban.. Belum dapat jawapan

Ku cari Ku cari Ku cari,

Di mana Gee???

Ku rojer Banting. Orangnya hilang

Ku SMS ke IJN SMS tak sampai

Tak sempat ke HKL. Bateri telefon ku kong

Gee.. oh Gee dimana kah dikau?

 

Senyuman mu, wajah mu dan gurauan mu

Sentiasa menghantui fikiranku

Siang mu bersinar

Malam mu memancar

Biarpun tanpa cahaya

 

Gee oh Gee.

Dimana dikau?????????

 

 

DI MANA?????

 

 

DI MANA.

DI MANA DIA..

DI MANA.

 

KU GELISAH,

KE ATAS, KEBAWAH,

KE KIRI, KE KANAN,

KU PANASSS

 

ITU DIA!!

AHH.. BUKAN.

DI MANAAAA.

NGETEA..

 

 

 

 

 

 

 

GARA-GARA POS BASIK.

 

Pos Basik A & E..

Sekali rasa nak pegi

Sekali rasa tak nak pegi

Nak tak nak kena pegi

Bila dah pegi..

      Yang laki tinggal bini

      Yang bini tinggal laki

      Yang bujang tercari-cari.

 

Pos basik A & E .

Bila dah pegi

Tak leh ambik cuti

Tapi .. boleh MC

Kalau tak dak MC

Kerja kena ganti dilain hari.

 

Pagi Mee kari

Petang rojak mee

Malam mee megi

Hari-hari macam ni

Hok tu hok ni

Go tu go ni.

 

Gilir-gilir buat kenduri

Rumah orang tu

Rumah orang ni

Sekali sekala buat kat sini

Tak tahu apa nak jadi..

 

A & E.., A & E.. 

 

Corat coret :

Abess Ubess.Com

2.10 am

4/3/2003.

TERINGAT KEPADAMU

(Buat suami tercinta)

 

Di kejauhan ini..

Teringat kepadamu

Adalah kerana rindu

Yang terlalu syahdu dan pilu

Mengamit rasa..

 

Teringat padamu

Adalah kerana kasih

Yang kian mewangi

Mengharum dipersada cinta.

 

Teringat padamu

Adalah kerana sayang

Yang kian mekar

Merimbun di kamar hati

 

Teringat padamu

Adalah kerana sepi

Yang menerjah

Ruang resahku

 

Teringat padamu

Kerana di situ ada cinta

Ada rindu yang menggamit

Ada kasih dan sayang

Yang tidak pernah pudar

Buat seorang suami..

 

        Norhasliza Bt Mustapa

Hospital Kuala Terengganu

26/5/2003 

 

 

 

ISTANA KASIH

 

Ku susun kelopak-kelopak mawar

Menjadi kasihku untuk mu

Agar terbina

Sebuah istana kasih

Lambang cinta abadi

 

Istana kasih ini

Ku pagari dengan wangian kemboja

Agar luntur jambangan keangkuhan

Nun jauh disana

Ada cahaya keikhlasan

Yang tulus dari hatiku dan hatimu

 

Istana kasih ini

Kubentangkan janji-janji kejujuran

Kutanam benih air kasturi

Moga hilang jambatan keegoan

 

Istana kasih ini

Kuhamparkan kuntum-kuntum

kebahagian

Menjadi teman saat duka dan lara

Jangan sesekali kau sirami

Baja kepalsuan

Bimbang kaca kasih berputik

 

Teguhnya istana kasih ini

Menjadi cermin kemenangan

Mengiringi kehidupan

Antara kau dan aku

 

        Rohani Bt Awang

Hospital Kuala Terengganu

@ NeNeK RoCk

ISTERI {PERMATA HATI}

 

ISTERI,

ENGKAUALAH TEMAN,

ENGKAULAH BIDADARI,

HATI INI MASIH LAGI TERINGAT

TAKKALA TANGGAL  JANUARI ,

SAAT AKU MENUJU KESEBUAH DESTINASI

DALAM MENCARI SATU  DIMENSI

IDENTITI DIRI,

 

ENGKAU MENGUCUP TANGAN

MENCIUM PIPI, TANDA MERESTUI

MERELAKAN KEPERGIAN KU..MENGEJAR CITA

TAKKALA ITU ,

DIWAJAHMU TERPANCAR SINAR

HARAPAN. BERSAMA MANIK-MANIK JERNIH

MUTIARA DI KELOPAK MATAMU

 

ISTERI,

KETIKA AKU TIADA DISISI

RANJAU,ONAK,DURI , GELOMBANG,BADAI

ENGKAU TEMPUHI DENGAN HATI YANG KUDUS,

KESEORANGAN, KESUNYIAN DALAM MERENTAS

MEREMPUH LIKU-LIKU KEHIDUPAN

BERSAMA HARAPAN, BERTEMAN KEPAYAHAN

BERSELIMUTKAN KETABAHAN, MELAWAN KEDINGINAN,

MALAM,MENUSUK TULANG HITAM

BERSAMA PASRAH DIRI. BERSAMA REDHA ILAHI.

 

ISTERI

KINI AKU DAN TEMAN

SUDAH DI PENGHUJUNG JALAN

BERSAMA KEYAKINAN HATI

BERSAMA KEJAYAAN DIRI

PULANG

KEPADA MU

 BERSAMA DI SISI, MELAYARI BAHTERA KASIH

DI GELOMBANG TANGIS DUKA,

DI HAMPARAN TAWA DAN SUKA

ABADI SELAMANYA..

 

Nukilan rasa ..ACU/03

Enter supporting content here