POS BASIK KECEMASAN KUMPULAN 20
Aktiviti Dan Program

HOME

Ahli Jawatankuasa PBK 20
Seloka Bersama PBK 20
Kolej Pembantu Perubatan
Galeri Gambar
Nukilan Rasa PBK 20
Alamat
Aktiviti Dan Program
Tip Kecemasan
Program Ijazah
Links
Trauma Picture
Hubungi Kami

update.gif

Laporan Program Pos Basik Kecemasan Kumpulan 20

 

15 Jan 2003

 

  • Proses pendaftaran bermula di bilik kuliah kancil. Seramai 38 orang peserta dengan semangat waja dan juang yang tinggi melaporkan diri.
  • Peserta melengkapkan sepenuhnya segala borang-borang yang diberikan.
  • Penerangan tentang aktiviti-ativiti minggu orientasi telah diberikan oleh En. Abd. Ghani Bin Samat.
  • Pada sebelah petangnya perjalanan ke NUBE di Port Dickson bagi menjalani minggu orientasi.

 

16 17 Jan 2003

 

  • Di NUBE perasmian telah disempurnakan oleh Pengetua Kolej Pembantu Perubatan iaitu Tn. Hj Tamin Bin Abu Bakar.
  • Sesi kenal mengenal telah dilakukan dengan sempurna yang diketuai sendiri oleh Tn. Hj Tamin
  • Pelbagai aktiviti-aktiviti telah dijalankan kebanyakannya adalah secara berkumpulan.
  • Taklimat Pos Basik telah disampaikan oleh En. Tamby Subyr
  • Taklimat kecemasan dan kebakaran telah disampaikan oleh En.Abd Ghani Samat

 

20 Jan 2003

 

  • Program didatik bermula selama enam minggu sehingga 4 Mac 2003.
  • Perlantikan AJK kumpulan 20 dilakukan dan pengundian dijalankan dengan sempurna tiada sebarang kejadian yang tidak diingini terjadi.
  • En. Kamarozaman telah diberi mandat menjadi penghulu kumpulan ini.
  • Sepanjang enam minggu tersebut para peserta telah menghadapi tiga peperiksaan iaitu BLS, MTLS dan ACLS.

 

10 Mac 12 April 2003

 

  • Penempatan klinikal fasa pertama dijalankan yang mana para peserta dibahagi kepada 2 kumpulan besar. Kumpulan besar ini pula dibahagi kepada lima kumpulan kecil di mana setiap kumpulan terdiri daripada 3 atau 4 orang peserta. Kumpulan pertama akan menjalani klinikal di dalam Hospital Seremban di antaranya seperti Wad Perubatan, Wad Peadiatrik,CCU/ICU, Wad Ortopedik dan Bilik POP/OT. Manakala kumpulan kedua akan menjalani klinikal di Hospital Banting, Hospital Kelang, Hospital Kuala Lumpur,IJN dan A&E Hospital Seremban.Tempoh masa bagi setiap penempatan adalah selama satu minggu.

 

14 April 15 April 2003

 

  • Peperiksaan PALS dijalankan. 

16 April 18 April 2003

 

  • Menjalani latihan penyelamat di Pusat Latihan Bomba Kuala Kubu Bahru.
  • Selain teknik menyelamat, teknik memadam kebakaran juga diberikan pendedahan.

 

21 April 25 Mei 2003

 

·         Penempatan klinikal fasa kedua selama lima minggu bermula. Seperti fasa pertama kumpulan yang menjalani klinikal di dalam Seremban akan keluar manakala kumpulan yang berada di luar sebaliknya.

 

26 Mei 8 Jun 2003

 

  • Didatik sub-spesialiti selama 2 minggu bermula di mana pra- hospital menjadi pilihan peserta-peserta Pos Basik Kecemasan Kum 20.

 

9 Jun  - 25 Jun 2003

 

  • Penempatan pertama sub-spesialiti dijalankan selama enam minggu yang mana para  peserta dibahagi  kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 sehingga 7 orang peserta. Penempatan sub-spesialiti diadakan di Jabatan Kecemasan Hospital Muar, Melaka, Seremban, Kajang, Kelang dan Kuantan.

 

26 Jun 10 Julai 2003

 

·         Presentasi kes di mana setiap peserta diwajibkan melaksanakan 3 kes presentasi iaitu 1 kes medical dan 2 kes pediatric.

 

11 Julai 2003

 

  • OSCE dan tarikh akhir untuk menghantar research.

 

12 Julai 2003

 

  • Penilaian kursus
  • Pada sebelah malamya satu majlis perpisahan dijadualkan di Hotel Sri Malaysia di Port Dickson dan pelancaran laman web rasmi pbk20.

 

13 Julai 2003

 

  • Para peserta kembali ke tempat bertugas masing-masing untuk melaksanakan tugas dan amanat yang diberikan.