Laporan Program Pos Basik Kecemasan Kumpulan 20
15 Jan 2003
- Proses pendaftaran bermula di bilik kuliah kancil. Seramai 38 orang peserta dengan semangat waja dan juang yang tinggi melaporkan diri.
- Peserta melengkapkan sepenuhnya segala borang-borang yang diberikan.
- Penerangan tentang aktiviti-ativiti minggu orientasi telah diberikan oleh En. Abd. Ghani Bin Samat.
- Pada sebelah petangnya perjalanan ke NUBE di Port Dickson bagi menjalani minggu orientasi.
16 17 Jan 2003
- Di NUBE perasmian telah disempurnakan oleh Pengetua Kolej Pembantu Perubatan iaitu Tn. Hj Tamin Bin Abu Bakar.
- Sesi kenal mengenal telah dilakukan dengan sempurna yang diketuai sendiri oleh Tn. Hj Tamin
- Pelbagai aktiviti-aktiviti telah dijalankan kebanyakannya adalah secara berkumpulan.
- Taklimat Pos Basik telah disampaikan oleh En. Tamby Subyr
- Taklimat kecemasan dan kebakaran telah disampaikan oleh En.Abd Ghani Samat
20 Jan 2003
- Program didatik bermula selama enam minggu sehingga 4 Mac 2003.
- Perlantikan AJK kumpulan 20 dilakukan dan pengundian dijalankan dengan sempurna tiada sebarang kejadian yang tidak diingini terjadi.
- En. Kamarozaman telah diberi mandat menjadi penghulu kumpulan ini.
- Sepanjang enam minggu tersebut para peserta telah menghadapi tiga peperiksaan iaitu BLS, MTLS dan ACLS.
10 Mac 12 April 2003
- Penempatan klinikal fasa pertama dijalankan yang mana para peserta dibahagi kepada 2 kumpulan besar. Kumpulan besar ini pula dibahagi kepada lima kumpulan kecil di mana setiap kumpulan terdiri daripada 3 atau 4 orang peserta. Kumpulan pertama akan menjalani klinikal di dalam Hospital Seremban di antaranya seperti Wad Perubatan, Wad Peadiatrik,CCU/ICU, Wad Ortopedik dan Bilik POP/OT. Manakala kumpulan kedua akan menjalani klinikal di Hospital Banting, Hospital Kelang, Hospital Kuala Lumpur,IJN dan A&E Hospital Seremban.Tempoh masa bagi setiap penempatan adalah selama satu minggu.
14 April 15 April 2003
- Peperiksaan PALS dijalankan.
16 April 18 April 2003
- Menjalani latihan penyelamat di Pusat Latihan Bomba Kuala Kubu Bahru.
- Selain teknik menyelamat, teknik memadam kebakaran juga diberikan pendedahan.
21 April 25 Mei 2003
· Penempatan klinikal fasa kedua selama lima minggu bermula. Seperti fasa pertama kumpulan yang menjalani klinikal di dalam Seremban akan keluar manakala kumpulan yang berada di luar sebaliknya.
26 Mei 8 Jun 2003
- Didatik sub-spesialiti selama 2 minggu bermula di mana pra- hospital menjadi pilihan peserta-peserta Pos Basik Kecemasan Kum 20.
9 Jun - 25 Jun 2003
- Penempatan pertama sub-spesialiti dijalankan selama enam minggu yang mana para peserta dibahagi kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 sehingga 7 orang peserta. Penempatan sub-spesialiti diadakan di Jabatan Kecemasan Hospital Muar, Melaka, Seremban, Kajang, Kelang dan Kuantan.
26 Jun 10 Julai 2003
· Presentasi kes di mana setiap peserta diwajibkan melaksanakan 3 kes presentasi iaitu 1 kes medical dan 2 kes pediatric.
11 Julai 2003
- OSCE dan tarikh akhir untuk menghantar research.
12 Julai 2003
- Penilaian kursus
- Pada sebelah malamya satu majlis perpisahan dijadualkan di Hotel Sri Malaysia di Port Dickson dan pelancaran laman web rasmi pbk20.
13 Julai 2003
- Para peserta kembali ke tempat bertugas masing-masing untuk melaksanakan tugas dan amanat yang diberikan.
|  |
|